Followers Yg Baek Hati

Salam Maal Hijrah..Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

|
Assalamualaikum..salam  26 November 2011 bersamaan dgn 30 Zulhijjah 1432 Hijrah..

Ketika entry ni di coretkan telah pon masuk waktu asar..So da boley korang ber'stanby' kan diri utk doa akhir tahun yg mana ianya dilakukan pada akhir waktu Asar @ sebelum masuknya waktu Maghrib pada 30 Zulhijjah iaitu hari terakhir untuk kalendar islam sblm bermulanya tahun baru..
Bacaan doa ini dilakukan sebanyak 3 Kali ye kawan2.

 
Doa Akhir Tahun (eHsan Pakcik Google)
Manakala bg doa awal tahun pula dilakukan selepas waktu Magrib pada malam 1 Muharram iaitu pada 27 November 2011..Doa awal tahun juga dibaca sebanyak 3 kali juga ;) .
Doa Awal Tahun (juga eHsan dr Pakcik Google)

Barangsiapa yg membaca Doa Akhir Tahun , maka Syaitan akan berkata

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".


Manakala barangsiapa membaca Doa Awal Tahun, Syaitan akan berkata pula

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Sejarah n Perihal Muharram..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


kredit : http://citramadani.blogspot.com

p/s: sama2lah kita beramal n memperingatkan sesama Islam..Semoga doa kita di makbulkan oleh-Nya..

0 Luahan ati anda:

Post a Comment

nak luah pape??silalah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...